Sunday, February 15, 2009

Mahathir, Anwar dan semua penderhaka perlu dihukum-malaysiakini

" Boleh dikatakan semua media arus perdana menyiarkan tentang Titah Murka kebawah DYMM Sultan Selangor terhadap perkembangan yang berlaku di Perak mutakhir ini. Jika dibaca dengan teliti tentang semua kandungan dalam media, kami rakyat jelata sikitpun tidak membantah tentang kebenaran artikel tersebut.

Cuma yang menjadi persoalan kami masa dan sasaran artikel tersebut. Kepada siapakah artikel tersebut ditujukan dan kenapakah ia diterbitkan sekarang.

Kami rakyat jelata yang sayangkan institusi beraja masih merasa segar tentang bagaimana kisah kebanyakan raja raja di negeri di malaysia diaibkan oleh Tun Dr mahathir. Hinggakan perbelanjaan untuk seekor kuda yang mencecah RM4 ribu sebulanpun, Mahathir dedahkan kepada rakyat. Kami juga tidak lupa bagaimana Tengku Ali di Terengganu cuba dikaitkan sebagai waris yang sepatutnya menaiki takhta kesultanan terengganu.

Di kelantan pula kami tidak lupa bagaimana Anwar musa cuba mengadakan majlis pertabalan sultan di 'pade tere'. Yang paling terbaru orang orang Idris Jusuh mempamirkan sepanduk 'natang' terhadap DYMM sultan terengganu. Semua ini mengguriskan hati kami rakyat jelata yang sangat cintakan raja raja kami. Namun hingga ke hari ini, orang orang yang terlibat masih bergerak bebas tanpa ada hukuman yang mereka terima

Jadi sudah nyatalah mereka semua inilah yang memberi tunjuk ajar kepada mereka mereka yang lain. Kami cadangkan kita semua ambil tindakan terlebih dahulu terhadap mereka. Masa masih belum terlambat untuk kita kuatkan kembali institusi beraja. Tunjukkan bahawa jangan ada sesiapapun tak kira siapa, yang dapat menghina raja raja.

Kami rakyat jelata telah membuktikan, disaat mahathir ingin menggugurkan kuasa raja raja, kamilah yang menjadi benteng terakhir membela dan membantah. Moga moga semua raja raja tidak tersilap pandang terhadap kami semua
Oleh ramziredang
http://www.tranungkite.net/v8/modules.php?name=News&file=article&sid=2670

Saturday, February 14, 2009

Usaha BN pujuk Adun PKR Perak diteruskan-malaysiakini

Rundingan untuk memujuk Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PKR keluar parti di negeri itu masih berterusan, kata Ketua Penerangan Umno Perak, Datuk Sarani Mohamad.

Sehingga ini, katanya, Adun berkenaan belum membuat keputusan muktamad untuk meninggalkan PKR.

Bagaimanapun, Sarani enggan menamakan Adun terbabit ketika ditanya lanjut mengenainya.

Manakala bekas ketua Pemuda Umno Beruas, Mohd Ali Mansor pula mendakwa, seorang Adun PKR telah menyatakan hasrat untuk keluar parti dan menyokong Barisan Nasional (BN).

Bagaimanapun, katanya, Adun berkenaan kini mendiamkan diri ekoran kemelut politik yang berlaku di Perak.

Katanya, rundingan dengan Adun terbabit sebelum ini menunjukkan tanda-tanda positif beliau akan meninggalkan pembangkang.

“Seorang Adun PKR yang mulanya telah setuju meninggalkan parti itu, kini telah mendiamkan diri.

"Saya tidak tahu sebabnya, tetapi dipercayai ekoran kemelut politik yang berlaku sekarang.

“Bagaimanapun, usaha memujuk dan berunding dengan Adun itu perlu diteruskan kerana kerajaan baru BN dalam keadaan yang tidak cukup kuat," katanya.

Baru-baru ini, empat Adun pembangkang iaitu dua dari PKR dan seorang dari DAP telah keluar dari parti itu dan menjadi Adun bebas.

Jamaluddin Mohd Radzi (PKR-Behrang) dan Osman Zailu (PKR- Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (DAP-Jelapang) telah menyatakan sokongan kepada BN.

Manakala Adun Bota, Datuk Nasaruddin Hashim - yang menyertai PKR selama 10 hari, kembali semula ke pangkuan Umno, mengikut jejak tindakan tiga bekas Adun Pakatan itu.