Thursday, October 9, 2008

Abdullah tak rela letak jawatan...-malaysiakini

Umno bahagian Bukit Mertajam mendakwa Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah didesak oleh pemimpin utama parti supaya tidak mempertahankan jawatan presiden Umno Mac depan.

"Pak Lah sebenarnya tidak rela untuk meletakkan jawatan tetapi dia berbuat demikian kerana beberapa pemimpin utama Umno suruh dia berhenti."(Umno) Bukit Mertajam kecewa Pak Lah tidak bertanding dalam pemilihan Umno akan datang," kata ketuanya, Datuk Musa Sheikh Fadzir ketika dihubungi hari ini.

Perdana menteri mengumumkan semalam bahawa beliau tidak akan mempertahankan jawatan presiden Umno Mac depan.Musa berkata, ketua pergerakan Wanita, Tan Sri Rafidah Aziz merupakan antara pemimpin yang bercakap mengenai peralihan kuasa tetapi beliau sendiri tidak melakukan peralihan tersebut dalam pergerakan Wanita.

"Dia (Rafidah) suruh Pak Lah berhenti tetapi mengapa beliau sendiri tidak berhenti.

"Mengapa dia tidak buat peralihan kepada Datuk Seri Shahrizat pada bulan Mac sama seperti Abdullah menyerahkan kuasa kepada Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak," katanya lagi.

Kecewa dengan perkara tersebut, Musa berkata, Umno bahagian Bukit Mertajam menyerahkan kepada mesyuarat bahagian untuk mencalonkan jawatan timbalan Presiden Umno dan jawatan-jawatan lain.Katanya, keputusan ini selaras dengan kenyataan pemimpin Umno bahawa peralihan kuasa itu atas kehendak akar umbi.

"Sekarang biarlah perwakilan yang menetukan siapa pemimpin yang mereka hendak memimpin Umno," katanya.

Wednesday, October 8, 2008

PM not contesting, to quit in March-malaysiakini

Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi has decided not to defend his Umno president post and will quit in March next year when the ruling party meets at its annual general assembly.

Tuesday, September 30, 2008

Taib family's CMS to benefit from dam-malaysiakini

Its key shareholders are the chief minister's sons, Sulaiman Abdul Rahman and Mahmud Abu Bekir, daughters, Jamilah Hamidah and Hanifah Hajar, wife Lejla, and son-in-law Syed Ahmad Alwee Alsree

Who will foot the bill for the resettlement of those affected by the new RM3 billion Murum dam?

''Is it Sarawak Energy (Berhad) or will it be passed on directly to the state government and hence the taxpayer,'' asked one Sarawak-based activist, who declined to be identified.

In the case of Bakun, the mega-dam in central Sarawak which is still under construction, compensation to indigenous people and resettlement cost the Sarawak and federal governments over RM876 million.

''But there are still Bakun residents who have not received compensation even though they left the Bakun area 10 years ago,'' noted the auditor-general in his 2007 annual report.

Wednesday, September 24, 2008

Hanya Umno Boleh Memerintah

"PAS ingin menghapuskan kepercayaan karut itu," ketika berucap sempena memperingati Badar Qubra anjuran PAS kawasan Kuala Krau, dekat sini. Oleh pokweil

a
Pesuruhjaya PAS Pahang Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, PAS mahu menghapuskan kepercayaan 'tahyul' yang bersarang di dalam pemikiran rakyat kononya hanya Umno sahaja yang boleh memerintah (negara).

Katanya, kepercayaan itu adalah kepercayaan salah yang harus dibuang daripada pemikiran dan ia telah ditanam lama oleh Umno-BN sehingga menjadi pengangan sebahagian rakyat terutama penyokong BN.

Beliau berkata, kepercayaan karut itu hanya akan terungkai apabila Pakatan Rakyat mengambil alih tampuk pemerintahan negara. Justeru itu tarikh penubuhan kerajaan tidak menjadi persoalan, yang penting PAS berusaha ke arah itu.

Katanya perkembangan semasa kini memperlihatkan bagaimana Umno-BN memperketatkan kawalan kepada ahli parlimenya kerana bimbang mereka akan ?berhijrah? kepada Pakatan Rakyat.

"wakil-wakil rakyat BN kini diperhati dan dilarang sama sekali menemui mana-mana pemimpin Pakatam rakyat sekalipun untuk majlis kebajikan, begitulah takutnya pemimpin BN kepada Pakatan rakyat," katanya.

Malah, katanya seorang pemimpin BN meminta supaya pemimpin PAS jangan menghadiri majlis meraikan anak-anak yatim di sebuah Hotel di Kuantan baru-baru atas alasan sama iaitu bimbang dilabel untuk berhijrah.Selain itu mereka juga mengarahkan ahli parlimen membuat aku janji sama seperti kakitangan kerajaan.