Wednesday, September 24, 2008

Hanya Umno Boleh Memerintah

"PAS ingin menghapuskan kepercayaan karut itu," ketika berucap sempena memperingati Badar Qubra anjuran PAS kawasan Kuala Krau, dekat sini. Oleh pokweil

a
Pesuruhjaya PAS Pahang Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, PAS mahu menghapuskan kepercayaan 'tahyul' yang bersarang di dalam pemikiran rakyat kononya hanya Umno sahaja yang boleh memerintah (negara).

Katanya, kepercayaan itu adalah kepercayaan salah yang harus dibuang daripada pemikiran dan ia telah ditanam lama oleh Umno-BN sehingga menjadi pengangan sebahagian rakyat terutama penyokong BN.

Beliau berkata, kepercayaan karut itu hanya akan terungkai apabila Pakatan Rakyat mengambil alih tampuk pemerintahan negara. Justeru itu tarikh penubuhan kerajaan tidak menjadi persoalan, yang penting PAS berusaha ke arah itu.

Katanya perkembangan semasa kini memperlihatkan bagaimana Umno-BN memperketatkan kawalan kepada ahli parlimenya kerana bimbang mereka akan ?berhijrah? kepada Pakatan Rakyat.

"wakil-wakil rakyat BN kini diperhati dan dilarang sama sekali menemui mana-mana pemimpin Pakatam rakyat sekalipun untuk majlis kebajikan, begitulah takutnya pemimpin BN kepada Pakatan rakyat," katanya.

Malah, katanya seorang pemimpin BN meminta supaya pemimpin PAS jangan menghadiri majlis meraikan anak-anak yatim di sebuah Hotel di Kuantan baru-baru atas alasan sama iaitu bimbang dilabel untuk berhijrah.Selain itu mereka juga mengarahkan ahli parlimen membuat aku janji sama seperti kakitangan kerajaan.

No comments: