Sunday, September 7, 2008

Kerajaan PAS pernah dijatuhkan secara tidak demokratik-malaysiakini

PARTI Islam Se-Malaysia (PAS) mempunyai pengalaman 'pahit' apabila parti itu pernah dijatuhkan secara tidak demokratik oleh Parti Perikatan yang kini dikenali Barisan Nasional (BN).

Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS Terengganu, Ustaz Abu Bakar Abdullah berkata kerajaan PAS yang memenangi Pilihan Raya Umum Pertama tahun 1959 pernah 'dijatuhkan' oleh parti Perikatan.Katanya, pada waktu itu parti Perikatan hanya mempunyai tujuh kerusi tetapi telah berjaya mengemukakan usul undi tidak percaya tersebut.

Akhirnya, menurut Ustaz Abu Bakar usaha tersebut berjaya menjatuhkan kerajaan Pas Terengganu setelah mendapat sokongan dari tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) parti Negara yang dipercayai telah 'dibeli' pihak tertentu.

"Kita (PAS) ada pengalaman itu. Kerajaan PAS Terengganu tahun 1959 tidak dapat bertahan lama kerana pada 30 Oktober 1961, parti Perikatan telah membawa usul undi tidak percaya dan 'disokong' pula oleh tiga wakil parti Negara," jelasnya ketika dihubungi, hari ini.Katanya, keadaan itu menyebabkan parti Perikatan atau Barisan Nasional (BN) sekarang berjaya memerintah Terengganu hingga hari ini kecuali pada tahun 1999-2004.

Beliau yang juga Yang DiPertua PAS Kuala Nerus menyelar pihak-pihak tertentu termasuk kerajaan Barisan Nasional agar tidak bercakap soal demokrasi.

Ini kerana, katanya sejarah silam telah membuktikan mereka (BN) menggunakan cara yang sama bagi membentuk kerajaan di Terengganu pada waktu itu.Menurut Ustaz Abu Bakar, bukan menjadi suatu masalah besar sekiranya Pakatan Rakyat mampu mengambil-alih kerajaan dengan cara yang hampir sama.

Katanya, tidak ada undang-undang yang menghalang seseorang ahli atau pemimpin parti politik keluar daripada parti bagi memilih parti lain yang lebih sesuai.

harakah

No comments: