Tuesday, September 30, 2008

Taib family's CMS to benefit from dam-malaysiakini

Its key shareholders are the chief minister's sons, Sulaiman Abdul Rahman and Mahmud Abu Bekir, daughters, Jamilah Hamidah and Hanifah Hajar, wife Lejla, and son-in-law Syed Ahmad Alwee Alsree

Who will foot the bill for the resettlement of those affected by the new RM3 billion Murum dam?

''Is it Sarawak Energy (Berhad) or will it be passed on directly to the state government and hence the taxpayer,'' asked one Sarawak-based activist, who declined to be identified.

In the case of Bakun, the mega-dam in central Sarawak which is still under construction, compensation to indigenous people and resettlement cost the Sarawak and federal governments over RM876 million.

''But there are still Bakun residents who have not received compensation even though they left the Bakun area 10 years ago,'' noted the auditor-general in his 2007 annual report.

Wednesday, September 24, 2008

Hanya Umno Boleh Memerintah

"PAS ingin menghapuskan kepercayaan karut itu," ketika berucap sempena memperingati Badar Qubra anjuran PAS kawasan Kuala Krau, dekat sini. Oleh pokweil

a
Pesuruhjaya PAS Pahang Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, PAS mahu menghapuskan kepercayaan 'tahyul' yang bersarang di dalam pemikiran rakyat kononya hanya Umno sahaja yang boleh memerintah (negara).

Katanya, kepercayaan itu adalah kepercayaan salah yang harus dibuang daripada pemikiran dan ia telah ditanam lama oleh Umno-BN sehingga menjadi pengangan sebahagian rakyat terutama penyokong BN.

Beliau berkata, kepercayaan karut itu hanya akan terungkai apabila Pakatan Rakyat mengambil alih tampuk pemerintahan negara. Justeru itu tarikh penubuhan kerajaan tidak menjadi persoalan, yang penting PAS berusaha ke arah itu.

Katanya perkembangan semasa kini memperlihatkan bagaimana Umno-BN memperketatkan kawalan kepada ahli parlimenya kerana bimbang mereka akan ?berhijrah? kepada Pakatan Rakyat.

"wakil-wakil rakyat BN kini diperhati dan dilarang sama sekali menemui mana-mana pemimpin Pakatam rakyat sekalipun untuk majlis kebajikan, begitulah takutnya pemimpin BN kepada Pakatan rakyat," katanya.

Malah, katanya seorang pemimpin BN meminta supaya pemimpin PAS jangan menghadiri majlis meraikan anak-anak yatim di sebuah Hotel di Kuantan baru-baru atas alasan sama iaitu bimbang dilabel untuk berhijrah.Selain itu mereka juga mengarahkan ahli parlimen membuat aku janji sama seperti kakitangan kerajaan.

Tuesday, September 23, 2008

Anwar urges patience in bid to remove gov't-malaysiakini

Opposition Leader Anwar Ibrahim today defended his failure to topple the government a week after claiming he had enough support to seize power, and asked Malaysians to be patient.
'If they think I'm a liar, put it to test'
Takeover has to be within the law

Rasuah: Kedudukan M'sia merosot lagi-MALAYSIAKINI

Tidak ada kemajuan dalam persepsi rasuah di Malaysia sejak tahun 2001 walaupun banyak janji-janji yang telah dibuat oleh pihak berkuasa untuk membasmikannya.Dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2008 - yang mengukur tahap rasuah di sesebuah negara - Malaysia memperolehi 5.1 mata tahun lalu.Mata yang sederhana itu hanya sedikit berbeza daripada 4.9 hingga 5.1 mata yang diperolehi Malaysia sejak tahun 2001."Ini menunjukkan terdapat negara-negara yang mencatatkan kemajuan yang lebih baik daripada kita," kata Presiden Transparency International (Malaysia), Tan Sri Ramon Navaratnam.
Beliau merujuk kepada Singapura yang mendahului senarai bagi negara-negara di rantau Asia Tenggara, dengan mendapat 9.1 mata. Pada keseluruhannya, republik itu berada di tangga keempat di kalangan 180 negara yang dinilai.
Sebagai perbandingan, Malaysia berada di tangga 47 dalam senarai tersebut, berbanding pada tangga 36 pada tahun 2001 di kalangan 91 negara yang dinilai dalam indeks tersebut.
Bagaimanapun, Malaysia masih berada di atas negara-negara lain di rantau ini seperti Thailand (3.5), Vietnam (2.7), Indonesia (2.6), Filipina (2.3), Kamboja (1.8) dan Burma (1.3).
Menurutnya, tahap rasuah yang tinggi yang masih wujud dalam ekonomi tersebut boleh menjejaskan perniagaan, kecekapan, menghalang atau melembabkan perniagaan dan menjadikan perniagaan lebih mahal dan berisiko tinggi.
Navaratnam juga berkata, lebih banyak yang boleh dilakukan oleh pihak berkuasa Malaysia untuk membasmi rasuah.
Katanya, sementara usaha memerangi rasuah dalam sektor awam memerlukan kekuatan keazaman politik yang kuat, ini perlu disusuli dengan keazaman yang kuat dan berterusan untuk memperkukuhkan akauntabiliti.
"Satu budaya yang tidak bertolak ansur dengan rasuah juga perlu ditanam dalam budaya perkhidmatan awam. Pemimpin politik mesti memimpin melalui teladan dan cakap seperti bikin," katanya.
Beliau bagaimanapun memuji langkah kerajaan menubuhkan badan seperti Pemudah, sebuah badan petugas khas untuk membantu memulakan perniagaan secara mudah dan telus, tetapi menegaskan lebih banyak lagi yang boleh dilakukan.
Menurutnya, jumlah mata yang sederhana yang diperolehi Malaysia dalam CPI 2008 itu harus menjadi peringatan kepada kerajaan supaya meningkat usaha membasmi rasuah dan bukan setakat beretorik sahaja.
Selain pembaharuan institusi dan undang-undang, TI juga berkata , CPI Malaysia boleh ditingkatkan dengan memastikan keputusan dan transaksi kerajaan menjadi lebih telus.
"Ini termasuk merombak Akta Rahsia Rasmi," kata Navaratnam.
Perolehan kerajaan,tambahnya, juga mesti lebih terbuka untuk membasmi rasuah.
Mengenai politik wang, Navaratnam menyarankan supaya calon-calon yang bertanding dalam pilihanraya dan pemilihan parti politik lebih dihadkan dan dipertanggungjawabkan terhadap penggunaan wang dalam pilihanraya.
Ranking bagi CPI TI dibuat berdasarkan tahap persepsi rasuah di kalangan pegawai kerajaan awam dan ahli politik.
Indeks komposit ini mengumpul data dari pakar dan kajiselidik perniagaan yang dijalankan oleh pelbagai institusi bebas

Sunday, September 21, 2008

Pakatan hantar surat pada Agong

Pakatan Rakyat telah mengutuskan surat rasmi kepada Yang di-Pertuan Agong beberapa hari lalu, memohon mengadap Seri Paduka, kata Ahli Parlimen PAS bagi Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof Rawa dalam forum anti-ISA di Pulau Pinang malam tadi.

Jika Seri Paduka memberi perkenan, sepertimana yang diharapkan oleh pemimpinan Pakatan, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyerahkan senarai nama ahli Parlimen yang menyokongnya untuk meyakinkan Seri Paduka bahawa peralihan kuasa di Putrajaya tidak dapat dielakkan.

mujahid yusof rawaMujahid berkata, Pakatan bergantung kepada Seri Paduka untuk menasihatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi supaya memanggil sidang khas Parlimen untuk berdepan dengan usul tidak percaya yang mahu dibentangkan oleh Pakatan.

Sambil melahirkan keyakinannya bahawa Seri Paduka akan campurtangan untuk menangani krisis politik sekarang, Mujahid berkata, pihak pembangkang dirangsang oleh campurtangan istana dalam menyelesaikan isu pelantikan menteri besar di Perak, Perlis dan Terengganu selepas pilihanraya umum Mac lalu.

Mengikut perlembagaan

Beliau berkata, keutamaan Pakatan ialah untuk menggunakan semua cara yang diperuntukkan dalam perlembagaan untuk memastikan peralihan kuasa berjalan dengan lancar.Katanya, Pakatan tidak akan menggunakan cara yang tidak mengikut perlembagaan dan tidak demokratik tetapi akan terus menggunakan cara yan gdiperuntukan dalam perlembagaan untuk memastikan peralihan kuasa secara lancar.

Anwar mendakwa Pakatan mendapat sokongan majoriti daripada 222 ahli Parlimen (MP), termasuk yang MP Barisan yang didakwanya melompat menyertai pembangkang, bagi mengambil alih kerajaan.

Para pemimpin BN, termasuk perdana menteri, telah menyifatkan dakwaan Anwar itu sebagai satu pembohongan.Setakat ini, usaha Pakatan untuk mengambil alih kuasa secara perlembagaan belum berhasil.Abdullah juga enggan bertemu dengan Anwar untuk membincangkan peralihan kuasa. Beliau juga menolak permintaan pembangkang supaya memanggil sidang khas Parlimen bagi membentangkan usul tidak percaya terhadap kepimpinannya.

Oleh itu, kata Mujahid lagi, langkah seterusnya ialah Istana Negara dan Pakatan berhadap Seri Paduka akan campurtangan dan menasihatkan perdana menteri supaya memanggil sidang khas Parlimen.Dengan cara itu, kata beliau yang juga timbalan pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, dapat membuktikan siapa yang mendapat sokongan majoriti di Parlimen.

Sebelum itu, ketika bercakap di forum tersebut di Georgetown, Mujahid mendesak pemimpin BN, terutama dari Umno, bahawa mereka tidak akan memerintah untuk selama-lamanya.

isa 3 teresa raja petra tan hoon chengSebaliknya, kata beliau, BN harus menerima realiti politik dan bersedia menyerahkan kuasa kepada Pakatan.Ekoran penahanan ahli Parlimen DAP, Teresa Kok, Raja Petra Kamarudin dan wartawan Tan Hoon Cheng di bawah ISA, pembangkang telah menganjurkan siri pertemuan dan majlis menyalakan lilin, untuk membantah undang-undang tersebut.

Pakatan juga turut mengambil peluang daripada pertemuan-pertemuan tersebut untuk mendapatkan sokongan badan-badan sivil dan rakyat untuk menrealisasikan usaha peralihan kuasa tersebut.

Wednesday, September 17, 2008

PLAN PERALIHAN BERJALAN

Parti Maju Sabah (SAPP) telah memutuskan untuk keluar dari Barisan Nasional.

Majlis Tertinggi SAPP yang bermesyuarat hari ini, bagaimanapun memutuskan bahawa ia tidak akan menyertai Pakatan Rakyat.Timbalan Presiden SAPP, Datuk Raymond Tan yang kecewa dengan keputusan itu, telah meninggalkan mesyuarat tersebut.Katanya, beliau akan meletak jawatan timbalan ketua menteri dan menteri pembangunan infrastruktur negeri.SAPP mempunyai dua ahli parlimen dan empat anggota dewan undangan negeri.

Dua ahli parlimen SAPP ialah Eric Enchin Majimbun (Sepanggar) dan Dr Chua Soon Bui (Tawau). Manakala Adun pula terdiri daripada Tan (Tanjong Papat), timbalan menteri kewangan negeri, Melanie Chia (Luyang), Au Kam Wah (Elopura) dan Liew Teck Chan (Likas).

Menurut Tan, beliau belum lagi memutuskan sama ada akan keluar dari parti itu, tetapi berkata, Au yang juga ketua Pemuda - yang tidak menghadiri mesyuarat hari ini - telahpun meletakkan jawatan.

Presiden SAPP, Datuk Yong Teck Lee membuat pengumuman tersebut dalam satu sidang akhbar pada jam 4.30 petang selepas mesyuarat MT tersebut."BN telah hilang kuasa moralnya untuk memerintah. Jumlah majoriti di Parlimen tidak bermakna jika rakyat tidak lagi menghormati anda," katanya.

"Ahli-ahli SAPP yang memegang pelantikan politik dalam kerajaan mesti melepaskan jawatan mereka dengan memberi notis sewajarnya mengikut perlembagaan dan peraturan serta aturan yang berkaitan, bermula di peringkat kabinet," katanya.

PAS minta BPR siasatan dakwaan Hasan Malek-MALAYSIAKINI

PAS mahu Badan Pencegah Rasuah (BPR) menyiasat dakwaan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Hasan Malek bahawa beliau ditawarkan menyertai Pakatan Rakyat dengan dijanjikan sejumlah wang serta kedudukan dalam kerajaan.

husam musaNaib Presiden PAS Datuk Husam Musa berkata badan itu perlu menyiasat segera supaya rakyat dapat mengetahui kedudukan sebenarnya.

"Lima belas tahun dulu Tok Guru (Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) pernah disoal siasat (BPR) apabila beliau mendedahkan ditawarkan sogokan oleh pihak tertentu untuk mendapatkan konsesi balak," katanya kepada pemberita di Pasir Puteh hari ini, demikian dilaporkan oleh Bernama.

Husam yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Kelantan ditemui selepas menyampaikan dua keping cek berjumlah RM11,500 untuk membantu dua pesakit jantung di Kampung Kubang Tembesu, Selising.

Akhbar tempatan hari ini melaporkan Hasan mendedahkan wakil dari parti pembangkang menemuinya lima hingga enam kali bagi memujuk menyertai pembangkang
selepas pilihanraya kedua Mac lalu.

Hasan dilaporkan berkata: "Yang terbaru dia mengunjungi saya selepas Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim menang pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh, bulan lalu. Saya boleh katakan janji mereka berkali ganda lebih baik berbanding apa yang saya peroleh sekarang."

Sementara itu, Husam berkata tarikh 16 September sudah berlalu dan kini parti-parti yang menganggotai Pakatan Rakyat (PR) dalam proses terakhir untuk membuat persiapan asas dan teknikal peralihan kuasa."Kita mahu (proses) peralihan itu berjalan dengan baik, teratur dengan tidak menimbulkan masalah," kata Husam.

Husam berkata PR berhasrat untuk membentuk sebuah kerajaan yang adil, jujur, bebas dan mampu menyatukan rakyat Malaysia berasaskan keadilan dan kejujuran selari dengan kehendak Islam.

Tuesday, September 16, 2008

Langkah Pakatan selanjutnya - mengadap Agong-malaysiakini

Pemimpin Pakatan Rakyat akan mengadap Yang di-Pertuan Agong sekiranya Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi enggan bertemu mereka untuk membincangkan peralihan kuasa secara aman daripada Barisan Nasional.

tian chua 03 240505Ketua Penerangan PKR Tian Chua berkata, langkah ini akan berlaku "dalam tempoh 24 hingga 48 jam".

"Kita telahpun berkata, kita mempunyai yang jumah (ahli parlimen) yang cukup, dan (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) baru tadi mendedahkan bahawa kita mendapat lebih daripada 31 ahli parlimen BN," kata Tian, merujuk sidang akhbar penasihat PKR itu jam 2 petang tadi.

Sekiranya mereka bertemu Abdullah tetapi beliau enggan meletak jawatan, Tian berkata Pakatan mungkin mendapat campur tangan Yang di-Pertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin untuk meyakinkan baginda berbuat demikian.

sultan mizan zainal abidin 13th agung king malaysia 1212062"Seboleh-bolehnya, kami akan cuba mengelak membabitkan Yang di-Pertuan Agong," kata Tian ketika dihubungi.

'Sudah ada 116 MP'

Awal pagi ini, agensi berita AFP memetik bendahari PAS Dr Mohd Hatta Ramli sebagai berkata, Pakatan Rakyat akan menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi mendapatkan mandat untuk memerintah, sekiranya Abdullah enggan bertemu mereka.

Menurutnya, isu pelantikan perdana menteri dan pertukaran kerajaan membabitkan peranan baginda.

dr hatta ramli 01Dr Hatta mendakwa, Pakatan kini mendapat sokongan daripada 116 ahli parlimen - ini bermakna 35 ahli parlimen kerajaan telah menyertai Pakatan.

Dalam sidang akhbar hari ini, Anwar berkata, beliau telah mendapat lebih 31 ahli parlimen daripada BN, jumlah yang diperlukan untuk menubuhkan kerajaan baru dan menggesa Abdullah supaya tidak menguatkuasakan undang-undang darurat bagi menghalang peralihan kuasa.

Anwar bagaimanapun tidak mendedahkan nama ahli-ahli parlimen BN terbabit.

Selepas pilihanraya umum 8 Mac lalu, Anwar telah menetapkan 16 September sebagai tarikh untuk menarik sekurang-kurangnya 30 ahli parlimen kerajaan menyertai Pakatan untuk membolehkan beliau menubuhkan kerajaan baru.

Monday, September 15, 2008

GAMBAR2 DIKELANA JAYA-16 SEPT 2008




GAMBAR DARI PELBAGAI SUMBER BLOG YG TAK SEMPAT DIRAKAMKAN URL

TUAN GURU DATO NIK AZIZ-16 september

Debaran Malam 16 Sept

PETALING JAYA: Pelan sasaran 16 September Pakatan Rakyat yang berusia enam bulan akan menjadi realiti esok?

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual akan mengumumkan butiran lanjut sasaran mereka termasuk jumlah Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) telah menyatakan hasrat untuk menyertai Pakatan Rakyat, esok(bukan malam ini).

Perkara tersebut disahkan oleh Ketua Penerangan PKR, Tian Chua ketika dihubungi mStar Online sebentar tadi.

"(Tarikh) 16 September jadi... semua perancangan sudah siap. Esok Datuk Seri Anwar akan membuat pengumuman secara rasmi melalui satu sidang akhbar khas," kata beliau yang baru sahaja pulang ke tanah air selepas terlibat dalam lawatan ke Taiwan untuk memancing beberapa Ahli Parlimen BN di negara, yang mengadakan lawatan sambil belajar.

Antara lain kata beliau, Anwar akan mengumumkan bahawa lebih 32 Ahli Parlimen BN telah mempersetujui untuk masuk Pakatan Rakyat.


Pakatan Rakyat diumumkan secara rasmi pembentukannya pada 1 April lalu turut mengisytiharkan sasaran pelan mereka membentuk kerajaan persekutuan menjelang 16 September.

Malam ini Pakatan Rakyat mengadakan sambutan Hari Malaysia sempena pembentukan Malaysia di Kelana Jaya.

Bagaimanapun menurut Tian Chua, Anwar tidak akan membuat sebarang kenyataan mengenai pembentukan kerajaan baru malam ini.

"Kita semua sedang membuat persediaan akhir hari ini. Semua jentera sedang bergerak untuk pastikan semua berjalan lancar," katanya yang akan ke Sarawak malam ini bagi mengadakan perbincangan akhir dengan wakil di negeri itu.

Sementara itu, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Dr. Jeffrey Kitingan ketika dihubungi berkata, beliau yakin satu kejutan akan berlaku di Sabah mengenai beberapa orang Ahli Parlimen BN yanag akan lompat parti menyertai Pakatan Rakyat.

"Saya sudah terima panggilan dari mereka (Ahli Parlimen BN) minggu lalu untuk berbincang mengenai perkara ini.

"Sudah pasti mereka dari Sabah. Namun saya tak tahu berapa orang yang cakap dan berapa orang yang akan buat (lompat parti)," katanya.

Bagaimanapun beliau terus berkeyakinan bahawa akan berlaku perubahan sama ada pada esok ataupun luasa.

Ditanya mengapa Pakatan Rakyat seolah-olah menangguhkan tarikh pembentukan kerajaan baru hingga ke tarikh lain selain 16 September, beliau berkata: "Perkara penting begini perlu berhati-hati, jadi mungkin ambil masa."


Pak Lah tolak perletakan jawatan Zaid Ibrahim

Pak Lah dikatakan telah menasihati Zaid supaya bercuti sehingga selepas Aidil Fitri untuk mententeramkan keadaan dan kembali bertugas kerana khidmatnya masih diperlukan terutama dalam sudut reformasi sektor kehakiman dan perundangan negara.

LANJUT

Friday, September 12, 2008

16 sept DITANGGUH-malaysiakini

PANAS-PANAS-PANAS

1-Deputy Prime Minister Najib Razak today described the retreat organised for Barisan Nasional (BN) parliamentarians as nothing more than a field trip.

2-Leaders of the opposition Pakatan Rakyat are tickled by the reported two-week overseas holidays government MPs had been told to take beginning this Sunday to Sept 19.

3-The overseas trip planned by the Backbenchers Club (BBC) is not aimed at blocking Sept 16 crossovers to the opposition camp, but instead is an expedition to "explore opportunities and knowledge in the agricultural sector", said club leader Tiong King Sing.

4-Opposition Leader Anwar Ibrahim's bid to seize power will fail, Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi said today, promising to thwart any attempts to topple his government.
sumber malaysiakini-5 sept

Dalam berita tv 5 sept Pak Lah berkata, 16 SEPT tidak akan berlaku,

Najib pula ada PAKEJ KHAS pelancungan untuk MP-MP bn .Negara yang dituju TAK disebutkan.

Tujuan melancung sambil mempelajari cara untuk taat pada negara....Semua-semua dalam bulan sept-MUNGKIN umrah kot? rujuk

JANGKAAN SAYA

Wednesday, September 10, 2008

Anwar: Tarikh 16 Sept mungkin dilanjutkan...-malaysiakini

Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau mungkin terpaksa melanjutkan tarikh 16 September untuk ahli parlimen Barisan Nasional (BN) menyertai Pakatan Rakyat.

Katanya, ini kerana BN telah menghantar ramai ahli parlimennya menyertai lawatan sambil belajar di Taiwan.

"Kita pasti mempunyai jumlah (ahli parlimen) yang mencukupi, tetapi kita perlu menunggu kerana mereka kini berada di Taiwan," kata Anwar dalam laporan akhbar the Star.

Mantan timbalan perdana menteri itu berkata, beliau mempunyai maklumat bahawa ahli-ahli parlimen tersebut tidak dibenarkan pulang dari Taiwan sebelum 16 September bagi menggagalkan rancangannya itu.

Pakatan Rakyat menguasai 82 daripada 222 kerusi Parlimen. Sebelum ini, Anwar mendakwa beliau akan menubuhkan kerajaan baru apabila ahli parlimen BN menyertai Pakatan.

"Selepas berbincang dengan PAS dan DAP, tarikh tersebut boleh dilanjutkan walaupun sasaran kita sebelum ini, ialah 16 September," kata Anwar dalam ucapannya di kediamannya semalam.

Bagaimanapun, beliau percaya, kerajaan sekarang sukar untuk mematahkan kebangkitan rakyat.

Anwar berkata, Pakatan akan mengadakan mesyuarat petang ini atau esok mengenai persiapannya pada 16 September.

Tuesday, September 9, 2008

Pemuda Gerakan letak jawatan dalam BN negeri-malaysiakini

Tiga pemimpin Pemuda Gerakan Pulau Pinang telah meletak jawatan dalam jawatankuasa Barisan Nasional (BN) negeri sebagai membantah tindakan beberapa pemimpin Umno mengoyak gambar pemangku presiden parti itu, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

Mereka ialah ketua Pemuda, Huan Cheng Guan; naib ketua, Yew Khean Siang; setiausaha, Oh Teong Keong dan penolong setiausaha, Heng Thee Wey.Huan meletak jawatan sebagai ketua Pemuda BN negeri, manakala Yew, Oh dan Heng melepas jawatan dalam jawatankuasa Pemuda BN Pulau Pinang.

Yew, Oh dan Heng akan menyerahkan surat perletakan jawatan mereka kepada sekretariat BN esok. Huan pula telah menghantar surat peletakan jawatannya dari Taiwan melalui SMS kepada pengerusi Pemuda BN, Datuk Hishammuddin Hussein pagi ini.

Huan menyatakan beliau terpaksa berbuat demikian kerana tidak lagi dapat bertolak ansur melihat gambar pemimpin parti itu dihina oleh sekumpulan ahli Umno.

“Saya meletak jawatan sebagai ketua Pemuda BN Pulau Pinang berkuatkuasa serta merta," kata bekas ahli Parlimen Batu Kawan kepada Malaysiakini melalui SMS.Beliau yang kini berada bersama 41 ahli parlimen BN yang menyertai lawatan sambil belajar di Taiwan atas kapasitinya sebagai setiausaha kerja Kelab Penyokong BN (BBC), menolak desakan supaya beliau pulang segera.

“Sebagai setiausaha kerja, saya bertanggungjawab untuk berada di Taiwan bagi menjalankan kerja-kerja penyelarasan bagi lawatan tersebut."Saya bukan seorang yang bertanggungjawab jika meninggalnya dan pulang sekarang," jelasnya.

Tiga lagi pemimpin Pemuda Gerakan negeri mengikut jejak langkah Huan kerana kecewa dengan kegagalan pucuk pimpinan BN untuk mengambil tindakan tegas terhadap ketua Umno Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail yang didakwa membuat kenyataan berbaur perkauman terhadap masyarakat Cina.

Oh berkata, Ahmad berterusan membuat kenyataan yang didakwanya berunsur hasutan yang boleh mengancam keharmonian dalam BN dan di kalangan rakyat."Penyokongnya mengoyak dan memijak potret pemimpin parti kami. Tetapi pucuk pimpinan Umno dan BN masih teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadapnya," kata Oh.

Sunday, September 7, 2008

86 peratus yakin Anwar mampu bentuk kerajaan 16 September

KUALA LUMPUR, 7 Sept (Hrkh) - KL.Pos, sebuah laman web politik memaparkan data sebanyak 86 peratus orang ramai bersetuju menyatakan bahawa Mantan Timbalan Perdana Dato' Seri Anwar Ibrahim mampu membentuk kerajaan persekutuan 16 September ini.

Manakala 14 peratus lagi tidak bersetuju dengan pendapat tersebut.Laman web berkenaan mengajukan soalan 'Setelah menang besar, adakah anda yakin Anwar mampu bentuk kerajaan persekutuan 16 September ini?'Ini dipercayai akibat desas desus tidak kurang dari 30 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) secara beramai-ramai akan melompat parti menyertai Pakatan Rakyat pada tarikh tersebut.

Bagaimanapun Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC), merancang untuk mengadakan program pemukiman secara tergesa-gesa tanpa menetapkan destinasi yang dituju sekali gus menampakkan ia bertujuan tertentu.

Namun Timbalan Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak menafikan langkah BNBBC untuk mengadakan program pemukiman di luar negara pada bulan ini ada kaitan dengan pengumuman Dato' Seri Anwar Ibrahim untuk membentuk kerajaan pakatan pembangkang pada 16 September ini.Dato' Seri Najib Tun Razak berkata, beliau merestui langkah Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) untuk mengadakan program pemukiman di luar negara pada bulan ini.

Beliau yang juga Ketua Whip Barisan Nasional (BN) berkata, program yang dirancang dari 7 hingga 19 September itu adalah untuk tujuan lawatan sambil belajar."Ia tiada kaitan dengan pengumuman Dato' Seri Anwar Ibrahim untuk membentuk kerajaan pakatan pembangkang pada 16 September ini," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Rakan Cop Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di sini semalam. - mns _

Kerajaan PAS pernah dijatuhkan secara tidak demokratik-malaysiakini

PARTI Islam Se-Malaysia (PAS) mempunyai pengalaman 'pahit' apabila parti itu pernah dijatuhkan secara tidak demokratik oleh Parti Perikatan yang kini dikenali Barisan Nasional (BN).

Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS Terengganu, Ustaz Abu Bakar Abdullah berkata kerajaan PAS yang memenangi Pilihan Raya Umum Pertama tahun 1959 pernah 'dijatuhkan' oleh parti Perikatan.Katanya, pada waktu itu parti Perikatan hanya mempunyai tujuh kerusi tetapi telah berjaya mengemukakan usul undi tidak percaya tersebut.

Akhirnya, menurut Ustaz Abu Bakar usaha tersebut berjaya menjatuhkan kerajaan Pas Terengganu setelah mendapat sokongan dari tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) parti Negara yang dipercayai telah 'dibeli' pihak tertentu.

"Kita (PAS) ada pengalaman itu. Kerajaan PAS Terengganu tahun 1959 tidak dapat bertahan lama kerana pada 30 Oktober 1961, parti Perikatan telah membawa usul undi tidak percaya dan 'disokong' pula oleh tiga wakil parti Negara," jelasnya ketika dihubungi, hari ini.Katanya, keadaan itu menyebabkan parti Perikatan atau Barisan Nasional (BN) sekarang berjaya memerintah Terengganu hingga hari ini kecuali pada tahun 1999-2004.

Beliau yang juga Yang DiPertua PAS Kuala Nerus menyelar pihak-pihak tertentu termasuk kerajaan Barisan Nasional agar tidak bercakap soal demokrasi.

Ini kerana, katanya sejarah silam telah membuktikan mereka (BN) menggunakan cara yang sama bagi membentuk kerajaan di Terengganu pada waktu itu.Menurut Ustaz Abu Bakar, bukan menjadi suatu masalah besar sekiranya Pakatan Rakyat mampu mengambil-alih kerajaan dengan cara yang hampir sama.

Katanya, tidak ada undang-undang yang menghalang seseorang ahli atau pemimpin parti politik keluar daripada parti bagi memilih parti lain yang lebih sesuai.

harakah

Saturday, September 6, 2008

KOCAK AIR PUN BERMULA

Bekas Pengerusi Gerakan Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Tan Kee Kwong, 61, menyertai PKR kerana hilang kepercayaan kepada Barisan Nasional (BN), Gerakan dan Umno.

"Ini bukan keputusan yang senang tetapi saya percaya parti satu kaum seperti MIC, MCA dan Umno sudah tidak relevan lagi."Majoriti rakyat negara ini mahu kepada parti berbilang kaum dan agama," katanya ketika mengumumkan menyertai PKR dalam sidang media di ibu pejabat parti itu di Petaling Jaya hari ini.

Hadir sama Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.Mei lalu, kerajaan Pakatan Rakyat Selangor melantik Dr Tan sebagai pengerusi bersama pasukan pengurusan tanah Selangor.

Dr Tan pernah menjadi timbalan menteri tanah dan pembangunan koperasi dari 1999 hingga 2004.Beliau merupakan ahli parlimen Segambut selama tiga penggal dari 1995 hingga 2004.
Beliau bagaimanapun tidak bertanding dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu.

'Mustahil dilakukan'

Dr Tan merupakan anak bekas pemimpin pembangkang Tan Sri Tan Chee Khoon pada era 60-an dan 70-an.Beliau menghantar surat berhenti menjadi ahli Gerakan kepada setiausaha agung parti itu, Datuk Seri Chia Kwang Chye jam 11 pagi semalam.

Dr Tan berkata, beliau menyertai BN kerana mahu menukar BN tetapi sampai satu tahap, ia sangat sukar dan mustahil boleh dilakukan."Selepas tsunami politik, saya dan majoriti orang di Lembah Kelang percaya kepada sistem semak dan imbang dalam politik negara."Saya berharap negara kita ada sistem dua parti seperti di United Kingdom dan Amerika Syarikat," katanya.

Menurutnya lagi, PKR merupakan sebuah parti berbilang kaum dan ini baik kepada negara.'Pemimpin korup'Dr Tan percaya Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh membawa Malaysia ke arah yang lebih baik."Saya yakin beliau akan mengenepikan pemimpin Umno yang rosak dan korup," katanya.

Ketika ditanya mengapa menyertai PKR sekarang, Dr Tan berkata, beliau menyertai Gerakan kerana diminta oleh bekas naib presiden parti itu, Tan Sri Alex Lee pada 1995.Dr Tan berkata, beliau menyertai Gerakan dua bulan sebelum pilihanraya umum tahun berkenaan dan bertanding di kawasan Parlimen Segambut.

"Saya mahu melakukan sesuatu kepada Gerakan dan BN tetapi ia sukar dan sampai tahap mustahil," katanya.

Pemuda MCA Perak pula gesa parti keluar BN